Sajak Cinta




Harga:
RM5.90
Sabah/Sarawak: RM7.90

Kategori: Sajak, Motivasi
ISBN 978-967-11815-3-9



SINOPSIS

“Duhai saudaraku, inilah jalanku, 
inilah seruan dakwahku, 
ku cintai keamanan dan keharmonian bertema pada obor kalimah 
"Hidupkan Cinta Kerana Dalam Jiwamu ada Cinta" 
hulurkan tanganmu untuk bersama di atas satu rasa dan satu impian 
walau dimana engkau berada demi sebuah perjuangan"

Walid Al-Malik






Allah, Syariat & Hakikat, Satu Penghuraian




Harga:
RM15.90
Sabah/Sarawak: RM17.90

Kategori: Tauhid, Tasauf
ISBN 978-967-11815-4-6



SINOPSIS

KALAM AKHIR KITAB ALLAH SYARIAT & HAKIKAT
Marilah kita berusaha membebaskan diri daripada dosa syirik khafi (yang tersembunyi dalam diri). dan umat perlu kembali kepada kesepaduan tauhid agar benar-benar MENCAPAI KESEMPURNAAN AGAMA.
ASAS TAUHID pada diri ialah pada iktikad (IMAN), amalan (ISLAM) dan mata hati (IHSAN). apabila sempurna TIGA TAUHID dalam semua aspek kehidupan iaitu ekonomi, politik, pendidikan, perubatan, akhlak, rumah tangga dan sebagainya. ibarat apabila sudah sempurna menjadi doktor, maka wajib pada diri kita merawat pesakit.

Pakaian mukmin ialah IMAN, ISLAM, dan IHSAN. adapun pekerjaan mukmin ialah dakwah RAHMATAN LIL ALAMIN dengan membawa manusia kepada ketauhidan (mengESAkan Allah) dalam kehidupa mereka di semua bidang.

Apa yang menyedihkan penulis, tauhid ihsan telah ditinggalkan ummah ini, malah ada golongan ahli ilmu memandang rendah ilmu tersebut sehingga tiada mengalakkan untuk mempelajarinya. Istilah tasauf menakutkan mereka sedangkan ia hanya istilah pada maqam ihsan.
Meninggalkan tasauf adalah meninggalkan TAUHID IHSAN. apabila tiada tauhid ihsan, seorang itu masih tiada terlepas diri daripada SYIRIK KEAKUAN diri yang membawa kepada ketuhanan AKAL. tanpa hakikat, yakni fana' diri dengan Allah, manusia tiada akan sampai kepada Allah. Jiwa semakin kotor dengan syirik yang membawa sifat angkuh, riya', kedekut, tamak, dengki, khianat, mengadu domba, dendam dan lainnya.
Segala sifat ini adalah berpunca dari jiwa yang tiada tauhid ketuhanan. Tauhid ketuhanan sekadar pada akal dan perbuatan tetapi tiada pada mata hatinya yang dapat menyaksikan keesaan Allah dalam segala sesuatu. HANYA DIA dan DIA, hidup ini adalah datang dari DIA untuk menguji siapakah hambaNya yang benar dalam mentauhidkan keesaanNya.
SELAWAT DAN SALAM PADA HABIBILLAH, 
RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM !

BANYAKKAN SELAWAT ATAS NABI WAHAI SAUDARAKU, CINTAI SUNNAHNYA, DENGANNYA KAMU AKAN MEMILIKI CAHAYA YANG MEMBUKA PINTU KETAUHIDAN IHSAN DAN MENANGGALKAN KEKOTORAN SYIRIK PADA BATINMU !


Walid Al-Malik  









Fiqh Puasa, Kupasan Menurut Mazhab Syafie









Harga:
RM12.90
Sabah/Sarawak: RM14.90

Kategori: Fiqh, Ibadah
ISBN 978-967-11815-3-9



SINOPSIS
“Sesungguhnya penghasilan buku ini akan dapat dijadikan panduan kepada kita semua untuk memahami secara lebih mendalam tentang ibadah puasa. saya mengharapkan semoga penghasilan buku ini dapat memberi suntikan baru yang amat berharga kepada seluruh umat Islam untuk mentaati ajaran Islam berlandaskan kepada Al-quran dan As-Sunnah"

SOHIBUS SAMAHAH DATO' SERI HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang